Wednesday 3 August 2011

Perlembagaan Persatuan Kelab Komputer


SMK DATUK ABU BAKAR BAGINDA
JALAN MAKTAB,SUNGAI MERAB
43000 KAJANG,SELANGOR

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/KELAB/BADAN BERUNIFORM


1.Nama


Persatuan/Kelab/Badan Beruniform : Persatuan Kelab Komputer
  
2. Alamat 
 Alamat Persatuan/Kelab/Badan Beruniform ialah

               Pengerusi,
               Pengetua,
               SMK Datuk Abu Bakar Baginda
               Jalan Maktab,Sungai Merak
               43000 Kajang,Selangor


        3.   Objektif

              Tujuan Persatuan/Kelab/Badan Beruniform ini adalah untuk:
        3.1 Melahirkan,memupuk serta menambahkan minat murid SMK Abu Bakar    
              Baginda terhadap bidang teknologi dan perkomputeran. 
              
        3.2 Mengukuhkan dan mengamalkan pengetahuan yang diperolehi di bilik darjah  
              seperti aktiviti kuiz, syarahan, seminar dan bengkel.
        3.3 Mendedahkan murid kepada pengalaman yang tidak boleh didapati dalam bilik  
              darjah seperti aktiviti lawatan.
        3.4 Membantu murid dalam usaha meningkatkan pencapaian dalam bidang    
              teknologi.
        3.5 Melatih murid-murid cara-cara mengendalikan sesebuah persatuan seperti
            3.5.1   mengendalikan masyuarat
            3.5.2   merancang aktiviti persatuan
            3.5.3   menyediakan belanjawan
            3.5.4   mencari sumber kewangan
            3.5.4   mengendalikan aktiviti persatuan
            3.5.6   menulis laporan

        4.   Keahlian
              
        4.1     Keahlian bagi persatuan ini terbuka kepada semua murid SMK Datuk Abu Bakar
                  Baginda
        4.2     Tanggungjawab ahli:
        4.2.1  Setiap ahli mempunyai hak bersuara dalam menentukan keputusan
        4.2.2  Ahli-ahli bertanggungjawab dalam memerhati dan mengambil tindakan yang
                  berlunaskan perlembagaan supaya persatuan dapat bergerak mengikut   
                  perlembagaan
        4.2.3  Ahli-ahli berhak menyemak hal-hal kewangan persatuan untuk memastikan 
                  tiada penyelewengan
        4.2.4  Setiap ahli persatuan DIWAJIBKAN hadir dan mengambil bahagian dalam 
                  segala aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan. Mereka yang tidak dapat 
                  berbuat demikian hendaklah memberi sebab-sebab yang munasabah.
        4.2.5  Kegagalan menghadiri 75% daripada perjumpaan persatuan tanpa sebab    
                  yang munasabah menyebabkan keahlian itu dimansuhkan secara automatik.

         
         5.   Pentadbiran

        5.1 Penaung           :   Pengetua
        5.2 Penasihat         :    Puan Shafinaz Binti Saad
        5.3 Ahli Jawatankuasa :
              Persatuan ini ditadbirkan sepenuhnya  oleh Ahli Jawatankuasa persatuan yang 
              diadakan setiap tahun
        5.4 Tugas dan tanggungjawab ahli Jawatankuasa:
           
        5.4.1 Pengerusi
            .     Mempengerusikan setiap mesyuarat yang diadakan
            .     Mengadakan mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan 
                  dalam mesyuarat telah diambil
            .     Meneliti catatan mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang
                  diputuskan dalam mesyuarat telah diambil
            .     Membincagkan segala program dan aktiviti tahunan dengan guru penasihat
            .     Memastikan aktiviti persatuan berjalan licin dan mendapat sambutan

            5.4.2 Naib Pengerusi
            .      Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan bertanggungjawab
            .      Menggantikan Pengerusi dalam mana-mana mesyuarat jika Pengerusi tidak
                   hadir

             5 .4.3 Setiausaha
            .      Mencatatkan minit mesyuarat dan mengedarkannya  kepada semua ahli
            .      Menyediakan laporan penggal tahunan kepada guru penasihat
            .      Menguruskan surat menyurat
            .      Menjemput ahli-ahli menghadiri mesyuarat

            5.4.4  Penolong Setiausaha
            .      Membantu Setiausaha dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab

            5.4.5 Bendahari
            .      Mengutip wang sumbangan
            .      Menyediakan satu rekod kutipan wang sumbangan
            .      Mencatatkan segala perbelanjaan persatuan
            .      Menyerahkan segala kutipan kepada Guru Penasihat
            .      Mengemukakan penyata kewangan dalam mesyuarat

            5.4.6 Ahli Jawatankuasa
             .      Membantu dalam menjalankan dan menyelaraskan segala aktiviti   
                    persatuan

        6.   Wang Sumbangan

              Setiap ahli dikenakan wang sumbangan sebanyak RM 5 sebulan/setahun

        7.   Kumpulan Wang

        7.1 Kutipan wang dan kumpulan wang hanya boleh digunakan untuk aktiviti 
              persatuan
        7.2 Persatuan berhak menerima sumbangan dalam bentuk wang atau lain-lain 
              daripada mana-mana pihak.
              
           8.   Mesyuarat

        8.1 Mesyuarat tahunan pada satu tarikh yang ditentukan oleh sekolah
        8.2 Mesyuarat Jawatankuasa persatuan diadakan sekurang-kurangnya sebulan 
              sekali atau bila-bila masa diperlukan
        8.3 Mesyuarat tahunan dan mesyuarat-mesyuarat yang lain hendaklah dihadiri
              oleh sekurang-kurangnya seorang Guru Penasihat
        8.4 Mesyuarat tahunan hanya sah apabila dua pertiga daripada ahli hadir
        8.5 Menghadiri mesyuarat pada masa-masa yang ditentukan adalah wajib kepada 
              ahli kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan
        8.6 Pengemuman setiap masa mesyuarat hendaklah dibuat sekurang-kurangnya
              sehari  sebelum mesyuarat diadakan 
        8.7 Setiap ahli mestilah mematuhi segala peraturan mesyuarat supaya mesyuarat
              berjalan dengan licin dansempurna.        
        
        
        9.     Pindaan

Pindaan kepada perlembagaan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa yang diperlukan
atas nasihat Pengetua atau Guru Penasihat.

Aktiviti Kelab Komputer 2


Antara aktiviti yang dijalankan adalah:


1) KUIZ SILANG KATA ( 2MAC 2011 - MAKMAL KOMPUTER)

    - Aktiviti ini dijalankan berkumpulan. Kumpulan yang menyiapkan kuiz silang kata paling cepat telah diberikan hadiah. . 

2) BENGKEL PEMBANGUNAN BLOG (13 JULAI 2011 - BILIK MULTIMEDIA, PUSAT SUMBER)

    - Peserta kelab telah didedahkan dengan cara cara membuat blog dan e-mel. Kelab kelab lain turut serta didalam bilik multimedia untuk membangunkan blog kelab mereka. 

Wednesday 13 July 2011

Aktiviti Kelab Komputer


Perjumpaan Kelab Komputer kali pertama 2011

Antara aktiviti yang dilakukan:
Membincang aktiviti tahunan
Mengemas bilik komputer
Bermain Kuiz
Mereka logo kelab