SMK DATUK ABU BAKAR BAGINDA
JALAN MAKTAB,SUNGAI MERAB
43000 KAJANG,SELANGOR
PERLEMBAGAAN PERSATUAN/KELAB/BADAN BERUNIFORM
1.Nama
Persatuan/Kelab/Badan Beruniform : Persatuan Kelab Komputer
2. Alamat
Pengerusi,
Pengetua,
SMK Datuk Abu Bakar Baginda
Jalan Maktab,Sungai Merak
43000 Kajang,Selangor
3. Objektif
Tujuan Persatuan/Kelab/Badan Beruniform ini adalah untuk:
3.1 Melahirkan,memupuk serta menambahkan minat murid SMK Abu Bakar
Baginda terhadap bidang teknologi dan perkomputeran.
3.2 Mengukuhkan dan mengamalkan pengetahuan yang diperolehi di bilik darjah
seperti aktiviti kuiz, syarahan, seminar dan bengkel.
3.3 Mendedahkan murid kepada pengalaman yang tidak boleh didapati dalam bilik
darjah seperti aktiviti lawatan.
3.4 Membantu murid dalam usaha meningkatkan pencapaian dalam bidang
teknologi.
3.5 Melatih murid-murid cara-cara mengendalikan sesebuah persatuan seperti
3.5.1 mengendalikan masyuarat
3.5.2 merancang aktiviti persatuan
3.5.3 menyediakan belanjawan
3.5.4 mencari sumber kewangan
3.5.4 mengendalikan aktiviti persatuan
3.5.6 menulis laporan
4. Keahlian
4.1 Keahlian bagi persatuan ini terbuka kepada semua murid SMK Datuk Abu Bakar
Baginda
4.2 Tanggungjawab ahli:
4.2.1 Setiap ahli mempunyai hak bersuara dalam menentukan keputusan
4.2.2 Ahli-ahli bertanggungjawab dalam memerhati dan mengambil tindakan yang
berlunaskan perlembagaan supaya persatuan dapat bergerak mengikut
perlembagaan
4.2.3 Ahli-ahli berhak menyemak hal-hal kewangan persatuan untuk memastikan
tiada penyelewengan
4.2.4 Setiap ahli persatuan DIWAJIBKAN hadir dan mengambil bahagian dalam
segala aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan. Mereka yang tidak dapat
berbuat demikian hendaklah memberi sebab-sebab yang munasabah.
4.2.5 Kegagalan menghadiri 75% daripada perjumpaan persatuan tanpa sebab
yang munasabah menyebabkan keahlian itu dimansuhkan secara automatik.
5. Pentadbiran
5.1 Penaung : Pengetua
5.2 Penasihat : Puan Shafinaz Binti Saad
5.3 Ahli Jawatankuasa :
Persatuan ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Ahli Jawatankuasa persatuan yang
diadakan setiap tahun
5.4 Tugas dan tanggungjawab ahli Jawatankuasa:
5.4.1 Pengerusi
. Mempengerusikan setiap mesyuarat yang diadakan
. Mengadakan mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan
dalam mesyuarat telah diambil
. Meneliti catatan mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang
diputuskan dalam mesyuarat telah diambil
. Membincagkan segala program dan aktiviti tahunan dengan guru penasihat
. Memastikan aktiviti persatuan berjalan licin dan mendapat sambutan
5.4.2 Naib Pengerusi
. Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan bertanggungjawab
. Menggantikan Pengerusi dalam mana-mana mesyuarat jika Pengerusi tidak
hadir
5 .4.3 Setiausaha
. Mencatatkan minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada semua ahli
. Menyediakan laporan penggal tahunan kepada guru penasihat
. Menguruskan surat menyurat
. Menjemput ahli-ahli menghadiri mesyuarat
5.4.4 Penolong Setiausaha
. Membantu Setiausaha dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
5.4.5 Bendahari
. Mengutip wang sumbangan
. Menyediakan satu rekod kutipan wang sumbangan
. Mencatatkan segala perbelanjaan persatuan
. Menyerahkan segala kutipan kepada Guru Penasihat
. Mengemukakan penyata kewangan dalam mesyuarat
5.4.6 Ahli Jawatankuasa
. Membantu dalam menjalankan dan menyelaraskan segala aktiviti
persatuan
6. Wang Sumbangan
Setiap ahli dikenakan wang sumbangan sebanyak RM 5 sebulan/setahun
7. Kumpulan Wang
7.1 Kutipan wang dan kumpulan wang hanya boleh digunakan untuk aktiviti
persatuan
7.2 Persatuan berhak menerima sumbangan dalam bentuk wang atau lain-lain
daripada mana-mana pihak.
8. Mesyuarat
8.1 Mesyuarat tahunan pada satu tarikh yang ditentukan oleh sekolah
8.2 Mesyuarat Jawatankuasa persatuan diadakan sekurang-kurangnya sebulan
sekali atau bila-bila masa diperlukan
8.3 Mesyuarat tahunan dan mesyuarat-mesyuarat yang lain hendaklah dihadiri
oleh sekurang-kurangnya seorang Guru Penasihat
8.4 Mesyuarat tahunan hanya sah apabila dua pertiga daripada ahli hadir
8.5 Menghadiri mesyuarat pada masa-masa yang ditentukan adalah wajib kepada
ahli k ecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan
8.6 Pengemuman setiap masa mesyuarat hendaklah dibuat sekurang-kurangnya
sehari sebelum mesyuarat diadakan
8.7 Setiap ahli mestilah mematuhi segala peraturan mesyuarat supaya mesyuarat
berjalan dengan licin dansempurna.
9. Pindaan
Pindaan kepada perlembagaan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa yang diperlukan
atas nasihat Pengetua atau Guru Penasihat.
No comments:
Post a Comment